NADI X ENTERPRENEUR - NADI KIDVENTURE : LIVE WEBINAR (PEMASARAN 2)
28 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2026, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR - NADI KIDVENTURE : LIVE WEBINAR (PEMASARAN 2). Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai road to 1 million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Puan Zafirah Amalina Zainol Anuar menerankan apa itu Promosi iaitu cara kita maklumkan kepada orang ramai tentang bisnes. Seterusnya, Puan Zafirah Amalina Zainol Anuar menerangkan sebab Promosi itu penting iaitu supaya orang kenal, supaya orang percaya dan supaya orang beli. Selain itu, Puan Zafirah Amalina Zainol Anuar menerangkan bagaimana menghasilkan promosi berkesan iaitu mesej mesti jelas, fokus pada pelanggan, tunjukkan masalah dan solusi dan ada ajakan bertindak. Akhir sekali, Puan Zafirah Amalina Zainol Anuar menerangkan mengenai teknik promosi berkesan seperti harga, mesej dan emosi.
Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi pengetahuan kepada peserta mengenai Pemasaran serta membina hubungan baik diantara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: